.

Kehamilan. Berpantang. Penyusuan susu ibu. Keibubapaan. Kesihatan. Kecantikan

Thursday, 21 March 2013

Persiapan Menyambut Kelahiran Baru (Part 5)


PART 5 - SET PENJAGAAN BAYI


Kelengkapan penjagaan bayi yang perlu untuk memastikan keselesaan bayi ialah;

1) Minyak telon / minyak angin bayi - untuk diletakkan pada bahagian perut, tapak kaki. Jenama yang saya pilih ialah Bosisto's Eucalyptos Oil dan juga Minyak Telon Mustika Ratu yang berbau harum.

2) Minyak bayi - untuk urutan bayi dan juga boleh digunakan menggantikan losyen badan untuk mengelakkan kulit bayi menjadi kering. Jenama pilihan ialah Pureen Baby Oil Eucalyptus dan Johnson's Baby Bedtime Oil.

3) Krim ruam lampin - jenama yang digemari ialah Drapolene dan Bepanthen kerana kedua-duanya terbukti berkesan. Walau bagaimanapun, saya memilih menggunakan Drapolene kerana harga yang lebih murah. Saya lebih gemar menggunakan krim ruam lampin berbanding bedak untuk ruam apabila menukar lampin bayi untuk mencegah ruam.


4) Pemotong kuku - bersaiz kecil, dan paling penting tajam.Pemotong kuku yang tumpul akan mengoyakkan kuku bayi dan boleh menyebabkan kecederaan pada hujung jari bayi.

5) Sikat - sikat bayi yang mempunyai hujung yang bulat atau tumpul bagi mengelakkan cedera pada kulit kepala bayi.

6) Alcohol swabs - untuk penjagaan pusat bayi.


Jika anda dapati saya tidak menyenaraikan bedak bayi dan losyen bayi, ini kerana losyen bayi telah saya gantikan dengan penggunaan minyak bayi. Manakala bagi bedak bayi pula, saya berhenti memakaikan bedak kepada anak-anak saya kerana penggunaan bedak boleh mengganggu pernafasan bayi. Hal ini berlaku kepada anak sulung apabila dia sering mengalami sesak nafas. Setelah mendapat tahu melalui pembacaan dan nasihat pakar kanak-kanak, saya telah menghentikan penggunaan bedak dan mendapati anak sulung tidak lagi kerap mengalami sesak nafas sehingga perlu diberi nebulizer (pam berubat untuk memudahkan pernafasan). Sehingga kini saya tidak lagi sepanjang masa memakaikan bedak kepada anak-anak, kecuali jika perlu, contohnya berpeluh banyak, itupun saya lebih suka menggunakan cara lain seperti memandikan mereka atau menukar kepada pakaian yang lebih nipis. Jika menggunakan bedak sekalipun, memadai dengan meletakkan sedikit bedak dapat menyerap peluh dan memberi keselesaan kepada anak-anak. Apabila berlaku ruam peluh, saya akan menyapu sedikit bedak berubat Agnesia atau Aiken. Penggunaan bedak yang terlalu banyak atau tebal bukan sahaja boleh menyumbat hidung, malah bedak yang terkumpul dan bercapuk akan berkumpul di celah lipatan kulit dan boleh menyebabkan ruam yang lebih teruk.

No comments:

Post a Comment